JUN 2023

Usaha CENTEXS Kembangkan Sistem Mikrogrid Solar Kepada Hidrogen Disokong


KUCHING:  Kerajaan Sarawak akan menyokong usaha Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) mengembangkan penggunaan Sistem Mikrogrid Solar kepada Hidrogen di negeri ini.

Ini kerana menara 5G pertama Asia Tenggara dikuasakan oleh sistem itu mampu meningkatkan kehidupan penduduk luar bandar Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sistem tenaga solar itu mempunyai jumlah kapasiti sebanyak 425 kWp dengan 780 panel solar dan terbesar di negeri ini.

Katanya, sistem alternatif ini juga akan membolehkan penduduk luar bandar mengakses bekalan elektrik sekali gus memudahkan penduduk luar bandar.

“Ia akan menyokong pembangunan industri kotej, menyediakan peluang pendapatan tambahan melalui pengeluaran produk tempatan dan sebaginya,”katanya semasa Pelancaran Simposium dan Pameran Tenaga Hijau Sarawak (GEES) 2023 di Centexs di sini.

Hadir sama, Timbalan Premier, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi dan Pengerusi CENTEXS Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani.

Sumber dari : Jiwa Bakti